BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 28 April 2010

KEK HITAM MANIS


Bahan-Bahan:


1 cawan tepung gandum

1 cawan soft margarine

1 cawan gula

1 sudu ovellete

3 biji telur ayam

1 sudu esen vanilla

2 sudu serbuk coklat van houten


Cara :


Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan).

Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..

Pukul sampai gebu lagi..

Lepas tu, campur esen vanilla & ovellete , then serbuk coklat .

Masuk adunan dalam bekas .

Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit..

Kek Epal


Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)

2 auns mentega

½ cawan gula merah

1 biji telur

4 sudu besar susu

Sedikit kulit limau parut

1 biji buah epal hijau

1 sudu besar gula halus

½ sudu teh

serbuk bunga cengkih

Sedikit garam


Cara :


Pukul mentega dan gula merah sampai lembut.

Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja).

Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata.

Tuangkan adunan ke dalam acuan

Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.

Aturkan di atas adunan kek tadi.

Bakar 35-40 minit.

hiaskan mengikut citarasa

Ahad, 25 April 2010

kek aising





Bahan-bahan

bahan untuk kek span
3 biji telur(asingkan putih dan kuning)
190 gm gula (kalo kek biasa 175 gm)
5 sudu kecil serbuk koko(1 sudu kecil baking powder )
1 sudu kecil soda bikarbonat
200 gm butter
**utk aising**
- 1 kotak whipping cream
- 3 sudu gula
- pewarna
**hiasan**
-boleh dihias dgn strawberi , ceri dll
Cara-cara
putar putih telur dgn gula sehingga kembang berwarna putih.
masukkan telur kuning.pukul sebentar.

kemudian masukkan butter.
tepung gandum diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.

masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
masukkan serbuk koko.kacau hingga sebati
masukkan ke dlm loyang dan bakar. suhu 160 degree, selama 55 minit.

sapu aising pada kek dan boleh lah dihias mengikut kesukaan.(kek hendaklah dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum diletak aising)

kek chiffon pandan





Bahan-bahannya.

6 biji telur ayam (asingkan putihnya)

300gm gula halus

1/4 cawan minyak jagung

240gm tepung naik sendiri

1 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh cream of tartar

1 sudu teh garam

cawan santan pekat

10 helai daun pandan (blend ambik jus)

Caranya


1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam.

3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat

5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

6) Bakar selama 40 minit

Kek Badam








Bahan-Bahan:


250 gm mentega

250 gm gula halus

200 gm tepung

50 gm badam hancur
1 camca teh serbuk penaik

4 biji telur

1 camca teh esen badam


Cara:


Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji.

Masukkan tepung, badam, esen badam dan serbuk penaik.

Kacau sebati. Tuang adunan ke dalam acuan.

Bakar selama 35 minit.

Chiffon Coklat







Bahan-Bahan:


100 g gula halus

47 ml minyak zaitun

20 g serbuk koko ] dibancuh35 ml air panas ]

4 biji putih telur

3 biji kuning telur

25 g gula pasir

Sedikit krim tartar, serbuk penaik dan garam


Bahan krim:210 ml susu manis

100 ml air suam

100 g gula halus

36 g serbuk koko

36 g tepung jagung

Sedikit esen vanila


Cara:


Satukan kuning telur, bancuhan serbuk koko, gula pasir, tepung, serbuk penaik, garam dan minyak zaitun.

Masukkan adunan putih telur dan gaulkan.

Tuangkan adunan ke dalam acuan.

Bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.

Setelah masak, angkat dan sejukkan. Sapukan krim.

Cara membuat krim:Satukan semua bahan dan masak secara double boiler.

cup cake







Bahan A

biji telur1 sudu besar pemantap kek (Ovalette /Q 75)100 gram gula pasir5 sudu besar air

Bahan B

120 gram tepung gandum60 gram tepung jagung11/2 sudu besar serbuk penaik(Campur bahan B dan diayak)

Bahan C

120 gram minyak jagung Daisy1 sudu besar perisa oren, strawberi atau pandanBahan hiasan:Krim putar:200 gram lemak sapu FarmCows150 gram gula aising1 sudu kecil perahan jus lemon1/2 sudu kecil pewarna coklat1/2 sudu kecil pewarna merah1/2 sudu kecil pewarna hijauPilihan tambahan:Buah kiwi, strawberi dan anggur - dipotong

Cara membuat:

1. Putar telur dan pemantap kek dengan mesin pemutar selama tiga minit.

2. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar lagi selama lima minit dengan kelajuan sederhana.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil memutar dengan kelajuan tinggi selama satu minit.

4. Kemudian, masukkan bahan B yang sudah diayak ke dalam adunan telur tadi. Putar adunan dengan kelajuan yang perlahan hingga sebati.

5. Masukkan minyak jagung Daisy dan sebatikan.

6. Setelah itu, perisa dimasukkan dan kacau hingga sebati.

7. Adunan dituang ke dalam acuan cawan kertas di loyang hingga penuh.

8. Bakar adunan kek cawan selama 15 minit pada suhu 175 darjah celsius di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dulu.

9. Setelah itu, keluarkan kek cawan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Hiaskan dengan krim putar.

10. Untuk membuat krim putar, gunakan mesin untuk memutar lemak sapu selama dua minit sehingga lembut. Masukkan gula aising, putar lagi selama lima minit sehingga gebu. Kemudian, masukkan perahan jus dan pewarna, sebatikan.

11. Untuk menghias, masukkan krim putar dalam beg penyalur dan hias mengikut cita rasa.

12. Jika mahu, potongan buah kiwi, strawberi dan anggur boleh diletak di atas hiasan krim putar.Pilihan lain: Adunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dimasukkan perisa yang berlainan.