BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 24 April 2010

muffin coklat chip



Bahan-bahan
280gm tepung naik sendiri atau tepung gandum ( guna tepung bluekey)
3 sudu besar marjerin (daisy)
2 sudu besar gula pasir (if manis sgt boleh dikurangkan)
3 biji telor ayam
1/2 sudu soda bikabonat
1 sudu esen vanilla
1 sudu baking powder
***sedikit choc chip untuk ditabur diatas muffin nanti
tak lupa 300 ml susu cair
Cara-cara
Ayak tepung gandum/tepung naik sendiri tadi dengan baking powder dan serbuk bikabonat.ketepikan.
Dalam breadmaker pukul marjerin dengan gula sehingga kembang iaitu sehingga warnanya seakan nak putih.
selepas itu masukkan telor ayam sebiji demi sebiji.pukul lagi sehingga betol - betol kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangi bersama dengan susu cair tadi dan pukul lagi sehingga sebati adunannya.
Masukkan pula esen vanilla dan pewarna ikut citarasa masing-masing.macam sy sy just letak warna merah nk bg lain sikit warnanya.
Akhir sekali masukkan sedikit coklat chip ke dalam adunan dan kacau rata.
Masukan ke dalam cup muffin dan taburkan lagi choc chip di atasnya jika suka. bakar selama 20 minit dengan suhu 180'c.
Jgn lupa panaskan oven terlebih dahulu dalam 5-7 minit sebelum membakar kek/muffin anda.

0 ulasan: